
This blog is dedicated to my family. It contains everything that make sense to me. News, economy, sports, businesses, computers, discussions, investments, views, loves and so on will judge your interest. Stay tuned....
Come on, of course the reseller product is my priority!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon ampun dan maaf zahir batin. Takziah diucapkan kepada mereka yang kurang bernasib baik yang mungkin kehilangan orang tersayang di musim perayaan ini. Dalam kita bergembira menikmati bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita renungkan kekecewaan para pemimpin kita terhadap kadar kemalangan dan kematian yang semakin meningkat setiap kali tiba musim perayaan. Bilakah tahap kesedaran akan timbul secara menyeluruh kepada orang kita. Yang pasti, kemalangan maut akan berlaku, cuma tidak tahu pada siapa ia akan berlaku, orang lain ataupun kita. Saya pinjam kata-kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, jangan fikir kemalangan hanya akan berlaku kepada orang lain, kerana kita adalah orang lain kepada orang lain. Renung-renungkan, selamat beraya!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, kita masih lagi dipanjangkan umur untuk sekali lagi bersama-sama umat Islam di seluruh dunia menyambut, mengamati, merasai dan menikmati keberkatan bulan Ramadhan yang sangat mulia ini. Saya masih lagi bertugas dalam Ops Undi PRK N11 Permatang Pasir. Terpaksa menyambut puasa tanpa anak-anak dan isteri…
Bersahur pagi tadi nasi bungkus di tempat tugas. Syukurlah walaupun lauk cuma ala kadar, habis jugak sebungkus. Biasalah, hari pertama….Berbuka hari ni di hotel penginapan. Lauk apalah agaknya…tapi nama pun hotel, takkan lauk tak sedap….rekod setakat ni hotel ini menyediakan masakan yang baik, kena dengan selera saya. Ada masakan kampung dan juga mamak. Favourite tu…
Ok nak siap nak pegi booking meja, takut penuh. Ramai ni geng-geng polis ni bukan tak tahu, kaki pelahap semuanya, tambah-tambah puasa, ish tak dapat nak dibayangkan tahap kedinasouran masing-masing….bye!
Salam. Currently I’m on my duty for Permatang Pasir by-election. My shift will end on 190800Hrs. Honestly, I am very sleepy right now, but I must keep going, as I’m paid for this. Hoping that the peaceful situation will go through until last.That’s why I try to write something in this very early morning. To keep my eyes open…
Yeah, it is quite long time from my last post. I’m not a journalist, so doing this is just a part of my way to fulfill my time. Emm……..what? About PRK? No! That is SECRET…. Read newspapers or blogs, the choice is yours…
Ok for our fellow brothers in all around the country, wake up for Subuh….
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tinggal beberapa minit sahaja lagi bola akan bermula. Barcelona VS Manchester United. Saya minat Barcelona. Harap dapat score banyak-banyak….Sekarang saya sedang mengendalikan Kursus Penyesuaian PGA PIT . Memandangkan subjek saya semalam berkenaan Ilmu Medan Perang, saya selitkan sedikit perkembangan terkini berkenaan dengan cadangan sesetengah pihak agar Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia. Saya tanyakan pendapat Pelatih Inspektor tentang perkara tersebut. Mula-mula seorang yang pernah bekerja sebagai lawyer, seorang wanita Melayu. Dia jawab, “Saya setuju tuan, atas alasan hak asasi”. Emm, boleh dikaitkan dengan hak asasi ke…. Kemudian saya tanya kepada seorang pelatih wanita berbangsa Cina. Dia jawab, “Saya sependapat dengan dia atas alasan yang sama”. Setuju jugak……..Lastly saya tanya kepada seorang pelatih lelaki berbangsa India. Dia jawab, ” Saya tidak setuju kerana komunis telah menghancurkan negara kita, dengan membuat huru-hara dan membunuh mereka yang tidak berdosa”. Fuh ayat power….
Apa yang menarik ingin saya ketengahkan adalah, kepelbagaian pendapat yang diberi walaupun Komunis di Malaya dan Malaysia adalah sudah diketahui dan disebarkan secara konsisten sebagai unit yang jahat, kejam, pembunuh, gila kuasa, kasar, pengotor, penindas, pendendam dan tidak mengamalkan ajaran agama. Saya agak terkejut mendengar pendapat-pendapat pelatih yang sedemikian, dan terus terbayangkan arus politik pada hari ini. Inilah yang dikatakan orang muda, berani menongkah arus. Keberanian memberikan pendapat yang jujur ini perlulah ditafsir secara adil. Setiap dari kita berhak untuk berfikir secara bebas dengan mengumpul dan menelaah maklumat-maklumat yang ada. Perlu diterima, kadang-kadang nilai-nilai murni kesejagatan memainkan peranannya dalam mempengaruhi seseorang, mengatasi fakta-fakta yang ada. Dan acapkali juga fakta-fakta telah menenggelamkan emosi yang terbentuk. Teringat kesan parut booby trap Komunis pada anggota badan one of my senior officer…….
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya ada menerima sebaran email yang agak menarik. Tidaklah dapat saya pastikan kebenarannya, namun bagi anda yang berkelapangan, bolehlah menyelidik kalau mahu. Saya terlebih dahulu ingin kongsikan kandungannya, mungkin bermanfaat bagi mereka yang memerlukan jika maklumatnya benar. Diperturunkan kandungannya seperti berikut:- Continue Reading…
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lega rasanya dah habis final exam. Lapang dan merdeka jiwa raga. Ok, kepada semua beginner seperti saya, anda sudah tentu sedang berkecamuk fikiran mencuba berbagai perisian, tips dan script untuk membina website perniagaan. Segalanya tidak menjadi, guna dreamweaver susah, frontpage tak menarik,download template pulak tak boleh nak edit….perisian percuma yang didownload sangat terhad keupayaannya. Segala rahsia yang dijual di internet tak ada yang mendetailkan cara nak bina website… Segala macam tips dah pun beli, tapi website masih tak siap-siap, tension!!!!!Percayalah, saya sudah melalui semuanya….dan ini nasihat saya…SIMPAN DUIT ANDA! Continue Reading…
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, setelah bersusah-payah beberapa lama, akhirnya berjaya juga saya terbitkan blog sendiri. Saya ingin berterima kasih kepada wordpress.org kerana dengan program mereka, tidak perlu saya memeningkan kepala memikirkan macamana nak buat website. Sebenarnya saya membuang masa yang sangat lama untuk create website, maklumlah, terpaksa kongsikan masa dengan kerja, study, keluarga dan lain-lain hal yang lebih penting. Continue Reading…
