Bina Website/Weblog Cara Terpantas
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lega rasanya dah habis final exam. Lapang dan merdeka jiwa raga. Ok, kepada semua beginner seperti saya, anda sudah tentu sedang berkecamuk fikiran mencuba berbagai perisian, tips dan script untuk membina website perniagaan. Segalanya tidak menjadi, guna dreamweaver susah, frontpage tak menarik,download template pulak tak boleh nak edit….perisian percuma yang didownload sangat terhad keupayaannya. Segala rahsia yang dijual di internet tak ada yang mendetailkan cara nak bina website… Segala macam tips dah pun beli, tapi website masih tak siap-siap, tension!!!!!Percayalah, saya sudah melalui semuanya….dan ini nasihat saya…SIMPAN DUIT ANDA! Ya, cukuplah anda semua membazirkan wang dan masa melabur kepada perkara-perkara yang hanya indah khabar dari rupa. Kerana, saya akan seringkas-ringkasnya memberi anda maklumat percuma yang membolehkan anda melihat website terbaik anda dalam masa paling pendek, bergantung kepada usaha anda. Saya mengambil masa sehari, tetapi tidak mustahil anda cuma mengambil masa 1 jam! 1 jam lama bagi anda? Anda sudah expert, tak perlu baca maklumat selanjutnya. Post saya terdahulu sudah dimaklumkan, setahun masa yang saya ambil tidak membuahkan apa-apa hasil, hanya kecelaruan yang bertimpa-timpa, seperti juga yang dialami anda sekarang mungkin. Jadi sehari yang saya ambil untuk bina website ini adalah satu kejayaan bagi saya. Bagaimana sekarang, mahu teruskan dengan info ini? Ikuti 3 langkah di bawah:-
Langkah 1
Daftar hosting anda dan pilih domain name.
Pilih sahaja webhosting company dan plan yang suitable untuk anda, dan biasanya linux jadi pilihan beginner. Saya syorkan klik di sini sebab tengah promosi. Supportnya pun sangat pantas, kalau confuse hantar je email, terus support team akan jawab. Tak perlu saya maklumkan caranya step by step sebab dah diterangkan secara jelas dalam website tersebut.
Langkah 2
Install wordpress.
Ya, bila dah siap semua proses, buka CPANEL X dan pergi ke ruangan SOFTWARE/SERVICES. Pilih FANTASTICO DE LUXE. Then choose WORDPRESS di tepi sebelah kiri dan install. Ikut langkah demi langkah seperti diarahkan.
Langkah 3
Download wordpress theme.
Untuk menjadikan website anda nampak kemas dan cantik, dowload sahaja wordpress theme yang disediakan secara PERCUMA di dunia internet. Juga disediakan cara bagaimana untuk download dan guna theme tersebut. Walaupun percuma, ia cukup untuk anda tersenyum puas!
Then, that’s all!
Selamat mencuba!

Leave a Reply