Kepada Yang Memerlukan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya ada menerima sebaran email yang agak menarik. Tidaklah dapat saya pastikan kebenarannya, namun bagi anda yang berkelapangan, bolehlah menyelidik kalau mahu. Saya terlebih dahulu ingin kongsikan kandungannya, mungkin bermanfaat bagi mereka yang memerlukan jika maklumatnya benar. Diperturunkan kandungannya seperti berikut:-
Kami bertolak dari Seremban jam 10.30 pagi dan tiba di rumah Imam Mazlan jam 12..30 tgh. Tempat tu tutup kerana apabila kami baca di dinding waktu rawatan, 12.30 – 2.00 p.m (Sabtu-Khamis) adalah waktu rehat. Kami pergi makan dulu. Jam 2.00 ptg kami datang semula kami lihat telah ramai orang yang datang. Imam Mazlan tu merawat pesakit dengan hanya memicit tempat- tempat yang dia tahu disitu ada angin ahmar. Bukan kaedah mengurut. Memang saya sedih bila emak di picit, emak mengaduh kesakitan. Emak menggeliat dan seolah mengelupur menahan kesakitan bila dipicit. Kami hanya memeluk emak untuk menenangkan sahaja. Itu saja yang mampu kami lakukan. Saya menitiskan air mata kerana tak tahan melihat emak kesakitan bila di picit. Berbagai – bagai bangsa yang datang dari segenap pelusuk. Paling muda pelajar sekolah menengah mulut dan mata dia dah mecong/herot. Menurut ibu kepada budak tu, doktor kata saluran darah di otak anak dia dah pecah. Angin Ahmar menyerang tak kira umur. Ada yang datang dari Singapura, Pahang, sekitar Johor dan Melaka, Gombak dan kami dari Seremban. Tiada bayaran atau pun pengeras dikenakan, kami hanya bersedekah. Ada yg bg RM10, RM 15, (ikut berapa nak beri) Saya tanya Imam Mazlan, emak ni perlu ke datang lagi. Dia kata tak paksa, seelok-eloknya biar 3 hari berturut-turut. . Imam mengingatkan sekiranya ada sahabat andai, saudara-mara, jiran yang datang melawat dan ingin memberi bantuan dengan menggosok-gosok anggota badan, menggunakan minyak angin, dia minta tolong dijauhkan.
Sebarang minyak angin tidak dibenarkan di sapu di badan pesakit.(tak ingat plak yang masih menerima rawatan dia ker). Sekiranya kita mendukung anak kecil yang pakai vicks, minta dijauhkan dari pesakit ahmar ini. Saya bg tau pada Imam Mazlan 3 jari tangan kiri saya selalu kebas dan tumit kanan kaki mencucuk. Dia picit kaki saya dia kata saya takder angin ahmar, ini gaut. dia pun bg petua nak hilang gaut menggunakan betik. Betik ni sumpahan gaut.. Keluar je dari kawasan rumah dia (rumah dia dalam kebun getah) suami saya perasan emak saya tak pelat lagi. Kami terharu emak ada perubahan dengan izin Allah juga.
13/03/05 (Ahad)
Kami bertolak awal, maklumlah hari Ahad, dah tentu ramai orang menerima rawatan. Setiba di sana kami lihat ramai betul orang. Kami ikut giliran. Bukan ambil no.. Ikutlah sapa yg dtg dulu. Kali ini dia picit, emak tidak lah sakit dipicit seperti semalam tetapi kira sakit jugak lah… Berpeluh emak menahan kesakitan dan seolah kepenatan. Imam Mazlan kata Insya -Allah emak boleh sihat kerana datang cepat. Imam kata seelok-elok nya nak cepat sembuh, pesakit itu jangan dibiar
lebih dari 72 jam ( 3 hari kan ) betullah kata doktor tu. Kalau yg lewat tu dia kata boleh jugak dtg. Insya- Allah boleh sembuh… Ramai yg dtg tu (sedara mara pesakit) smlm kami tak jumpa, heran dan tanya dah berapa lama datang sini, sbb dia nengok emak saya tak perlu papah lagi. Dia dah boleh jalan sendiri cuma dalam keadaan dengkot-dengkot (pelan-pelanlah…bukan trus berlari!!!! ) Ini adalah kerana kami cepat bertindak dan Allah memberi keizinan dan memudahkan perjalanan kami dengan menemukan Imam Mazlan. Balik rumah emak saya kata dia dah boleh mencangkung bila buang air. Dia kata dah berapa hari tak buang air besar coz sakit ni. Kalau buang air kecil paham-pahamlah kalau tak leh cangkung buat camner. Lagi satu time makan, dia suka duduk bawah. Dia dah boleh bersila. Inilah satu keajaiban bagi saya dengan izin Allah. U all pikirlah camner.. Demi Allah saya tak tipu.
Hari ke- 3 kami pergi lagi ke Jasin, Melaka. Kali ini ingatkan tak perlulah awal sangat coz hari bekerja. Kali ini saya bawa ayah. Ayah tiada sebarang penyakit cuma dia ada sakit/lenguh di bahagian bahu kanan. Dibhg belakang bahu kanan macam ada benda bulat sebesar bola pingpong bila dipicit. Sampai saja di rumah Imam Mazlan, telah ramai orang menunggu giliran. Kebanyakan berkerusi roda. Bila dilihat memanglah menyedihkan. Apa kan daya itu bahagian masing-masing. Setelah giliran emak saya, habis berubat Imam Mazlan kata Alhamdulillah dah tak der lagi angin ahmar dalam badan. Kini giliran ayah pula untuk mencuba bhg yg sakit. Kalau tak der alhamdullillah. Imam tu picit jer 3 jari kaki kanan ayah, dia kata angin ahmar dah ada dalam badan. cuma ayah saya ni belum jatuh pengsan jer. kalo dah jatuh silap-silap duduk atas kerusi roda. dia picit bhg badan ayah yg ada ahmar seperti di belakang bahu. apa lg sampai berair mata ayah saya menahan sakit. bila balik dlm kereta ayah kata alhamdulillah tangan dia dah boleh angkat keatas. Ayah saya yakin dengan izin Allah dia tak sakit tgn lagi. Kalo tidak dulu doktor suruh ayah gi hospital masuk wad pas tu cucuk masukkan steroid untuk cairkan darah. Ayah saya tak nak, saja dia biarkan sakit. Sampailah bertemu dengan Imam Mazlan ni.
Saya tetap membawa emak ke hospital untuk rawatan lanjut. Bagi saya tak salah sekiranya kita mencuba kedua-dua kaedah rawatan.. Tekanan darah tinggi dan kencing manis emak masih tinggi. Dia nasihatkan lah emak saya.Tentang stroke yang tercatat dalam refer letter itu kata doktor di hospital ini ada improvement (still minor)..Doktor tengok emak ni kira boleh dikatakan ok, dia kata mungkin emak saya terlalu penat. Doktor muda tu sedikit pelik. Emak saya tidak seperti mana yang tercatat di refer letter. Terpulanglah kepada masing-masing untuk mempercayainya. Apa yang dapat saya lakukan hanyalah memberitahu sekiranya ada sahabat-handai, saudara mara, kenalan bawalah berjumpa Imam ini. Kita sebagai berikhtiar. Saya bukan promote untuk kepentingan, tetapi saya ingin berkongsi pengalaman emak dan ayah saya yang di serang angin ahmar. Insya-Allah dengan berkat pertolongan kepada mereka yang sakit ini sekurang-kurangnya mengurang beban kesakitan yang ditanggung.
Alamat :
Tuan Imam Hj. Mazlan,
M.S. 15, Ayer Merbau,
77200 Jasin,
Melaka.
06-5297051
No. telefon baru 06-5218296
Waktu rawatan
Sabtu – Khamis
8.00 – 12.30
2.00 – 5.00
Jumaat
8.00 – 12.00
2.30 – 5.00
Berikut petua yang diberikan oleh Imam Mazlan.
1) Kencing Manis yang dah berkudis
Kulit batang duku,
Kulit batang manggis,
Kulit batang jambu bol (jambu kulit warna maroon.yg mahal tu) Air tebu
kesemua ini dan minum air setiap hari. Insya-Allah boleh sembuh.
2) Kencing Manis Yang Belum Berkudis
7 – 8 biji air kelapa
Kulit batang mata kucing
Masak kedua-dua bahan dan minum 3 x sehari. Insya-Allah boleh sembuh.
3) Gaut
Ambil betik muda 1 biji. dan diletakkan (salai) atas api dapor.
Jangan belah betik tu. Bila betik itu panas, gelekkan di kaki/tempat
yang sakit. Kat tumit tu pijak buah betik tu macam mesin refleksi tu.
Betik ni sumpahan gaut. Tiada pantang makan. Insya-Allah boleh sembuh.
Leave a Reply