More About Me...

This blog is dedicated to my family. It contains everything that make sense to me. News, economy, sports, businesses, computers, discussions, investments, views, loves and so on will judge your interest. Stay tuned....

Another Tit-Bit...

Come on, of course the reseller product is my priority!

Komunis oh komunis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tinggal beberapa minit sahaja lagi bola akan bermula. Barcelona VS Manchester United. Saya minat Barcelona. Harap dapat score banyak-banyak….Sekarang saya sedang mengendalikan Kursus Penyesuaian PGA PIT . Memandangkan subjek saya semalam berkenaan Ilmu Medan Perang, saya selitkan sedikit perkembangan terkini berkenaan dengan cadangan sesetengah pihak agar Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia. Saya tanyakan pendapat Pelatih Inspektor tentang perkara tersebut. Mula-mula seorang yang pernah bekerja sebagai lawyer, seorang wanita Melayu. Dia jawab, “Saya setuju tuan, atas alasan hak asasi”. Emm, boleh dikaitkan dengan hak asasi ke…. Kemudian saya tanya kepada seorang pelatih wanita berbangsa Cina. Dia jawab, “Saya sependapat dengan dia atas alasan yang sama”. Setuju jugak……..Lastly saya tanya kepada seorang pelatih lelaki berbangsa India. Dia jawab, ” Saya tidak setuju kerana komunis telah menghancurkan negara kita, dengan membuat huru-hara dan membunuh mereka yang tidak berdosa”. Fuh ayat power….

Apa yang menarik ingin saya ketengahkan adalah, kepelbagaian pendapat yang diberi walaupun Komunis di Malaya dan Malaysia adalah sudah diketahui dan disebarkan secara konsisten sebagai unit yang jahat, kejam, pembunuh, gila kuasa, kasar, pengotor, penindas, pendendam dan tidak mengamalkan ajaran agama. Saya agak terkejut mendengar pendapat-pendapat pelatih yang sedemikian, dan terus terbayangkan arus politik pada hari ini. Inilah yang dikatakan orang muda, berani menongkah arus. Keberanian memberikan pendapat yang jujur ini perlulah ditafsir secara adil. Setiap dari kita berhak untuk berfikir secara bebas dengan mengumpul dan menelaah maklumat-maklumat yang ada. Perlu diterima, kadang-kadang nilai-nilai murni kesejagatan memainkan peranannya dalam mempengaruhi seseorang, mengatasi fakta-fakta yang ada. Dan acapkali juga fakta-fakta telah menenggelamkan emosi yang terbentuk. Teringat kesan parut booby trap Komunis pada anggota badan one of my senior officer……. 

Leave a Reply


Fatal error: Call to undefined function show_subscription_checkbox() in /home/resekcom/public_html/wp-content/themes/wp-polaroid/comments.php on line 90