Selamat Berpuasa!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, kita masih lagi dipanjangkan umur untuk sekali lagi bersama-sama umat Islam di seluruh dunia menyambut, mengamati, merasai dan menikmati keberkatan bulan Ramadhan yang sangat mulia ini. Saya masih lagi bertugas dalam Ops Undi PRK N11 Permatang Pasir. Terpaksa menyambut puasa tanpa anak-anak dan isteri…
Bersahur pagi tadi nasi bungkus di tempat tugas. Syukurlah walaupun lauk cuma ala kadar, habis jugak sebungkus. Biasalah, hari pertama….Berbuka hari ni di hotel penginapan. Lauk apalah agaknya…tapi nama pun hotel, takkan lauk tak sedap….rekod setakat ni hotel ini menyediakan masakan yang baik, kena dengan selera saya. Ada masakan kampung dan juga mamak. Favourite tu…
Ok nak siap nak pegi booking meja, takut penuh. Ramai ni geng-geng polis ni bukan tak tahu, kaki pelahap semuanya, tambah-tambah puasa, ish tak dapat nak dibayangkan tahap kedinasouran masing-masing….bye!
Leave a Reply