Selamat Hari Raya!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon ampun dan maaf zahir batin. Takziah diucapkan kepada mereka yang kurang bernasib baik yang mungkin kehilangan orang tersayang di musim perayaan ini. Dalam kita bergembira menikmati bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita renungkan kekecewaan para pemimpin kita terhadap kadar kemalangan dan kematian yang semakin meningkat setiap kali tiba musim perayaan. Bilakah tahap kesedaran akan timbul secara menyeluruh kepada orang kita. Yang pasti, kemalangan maut akan berlaku, cuma tidak tahu pada siapa ia akan berlaku, orang lain ataupun kita. Saya pinjam kata-kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, jangan fikir kemalangan hanya akan berlaku kepada orang lain, kerana kita adalah orang lain kepada orang lain. Renung-renungkan, selamat beraya!
Leave a Reply